✔5 perkara penting yang perlu anda ketahui dari produk anda

Petang uollsss...
Semoga harini kita dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Lama dah akak tak share something kan.
Rasanya akak nak share tentang...


Akak ni bukan pro sangat. Tapi sekadar nak berkongsi boleh la...Ilmu kalau kita share tak rugi pun kan.

First sekali,

1. Dimana dan bagaimana nak positionkan produk
Korang dah ada produk, tapi kat mana dan macam mana nak positionkan tak tahu lagi. Kena pasang dah strategi awal2 lagi. Contoh, korang nak jual air cendol harini, air cendol semua campuran yang lain dah ada, tapi tak tahu nak jual kat mana.  Dan macam mana nak bagi orang kenal air cendol.

2. Kualiti produk 
Kualiti produk korang. Berbalik kepada air cendol tadi, kualiti air cendol. Adakah ia menggunakan gula melaka semata-mata atau gula melaka hanya 20% selebihnya yang dicampur dengan gula pasir 80%?

3. Ciri-ciri produk
Ciri-ciri produk ni macam warna, bentuk produk, bahan yang digunakan, fungsi, cara menggunakan, komponen yang ada pada produk anda. 

4. Kelebihan dan kelemahan produk
Korang kena tahu apa kelebihan (ketahanan, keberkesanan) produk korang dan apa kelemahan produk tersebut. Contoh air cendol. Mungkin korang menggunakan gula melaka yang paling mahal dan paling sedap.

5. Kebaikan dan manfaat produk anda kepada customer
Jika customer guna produk anda, apa manfaat yang customer dapat. Contoh, kelebihan menggunakan gula melaka paling mahal dan paling sedap menyebabkan air cendol yang anda jual juga sedap, pekat, kaw customer pun suka.

Kalau ada salah silap, akak minta maaf ya... Sekadar perkongsian je ni. 
.
Okaylaaa.
Salam sayang dari akak Menteri Printing.

Comments