✔Antara 4 kelebihan solat sunat dhuha

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU
Ya Allah

Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha

KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh
Salam khamis.
Yeayyy esok akak cuti.
By the way, cantik sungguh doa dhuha ni.
Moga kita tergolong dalam kalangan orang2 yang suka menunaikan solat sunat dhuha.

So, harini akak nak cite antara kelebihan2 solat sunat dhuha.
Tapi akak share 4 je. Yang lain korang carila sendiri erk. Tanya ustaz, ustazah korang ke. Takpun pakcik google.
Anyway, tak salah pun kalau kita nak tahu apa yang Allah ganjarkan. Mungkin ia akan membuatkan kita bertambah semangat nak buat😍😍😍.
Solat sunat dhuha ni kan tak susah pun sebenarnya. Tak perlu ambil masa lama pun. Korang start dengan 2 rakaat dulu. Percayalah cakap akak, bila korang dah buat setiap hari, korang akan rasa kosong bila satu hari tak buat. Amazed kan. Then, bila korang dah start buat, tambah lagi 2 rakaat. 
Korang trylaaa...

Antara 4 Kelebihan Solat Sunat Dhuha
1. Dipermudahkan segala urusan
Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, 
“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu (solat Dhuha), nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”
Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan kita semua dari bermulanya awal pagi sehingga selesai hari kita.

2. Dicukupkan rezeki oleh Allah S.W.T
Sabda baginda :
“Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”
 
Rezeki Allah itu luas. Yang penting 3 kunci utama iaitu usaha, doa, tawakkal.
 
3.  Nilainya seperti bersedekah
“Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.”
(Hadis Riwayat Muslim)

4. Diampunkan dosa 

 Kita sebagai seorang manusia memang takkan terlepas dari melakukan dosa. Allah telah hadiahkan solat sunat dhuha untuk hamba-hambaNya amalkan sebagai salah satu pintu ampunan untuk kita.

“Barangsiapa yang menjaga solat Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
 
Janji Allah itu pasti.

Comments